Huawei MediaPad M6 Dipercayai Akan Turut Dilancarkan Serentak Dengan Siri Huawei Nova 5 Pada 21 Jun Nanti Comments Off on Huawei MediaPad M6 Dipercayai Akan Turut Dilancarkan Serentak Dengan Siri Huawei Nova 5 Pada 21 Jun Nanti 372

Sebagaimana yang kita sedia maklum, siri Huawei Nova 5 akan dilancarkan secara rasmi di China pada minggu depan iaitu 21 Jun 2019. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Huawei melalui perkongsian video pendek di Weibo yang jelas mendedahkan tarikh pelancaran Nova 5 dan juga Nova 5i.

Berdasarkan satu lagi maklumat terbaru yang diperolehi melalui akaun Weibo dan juga Twitter, Huawei juga dipercayai akan turut melancarkan model tablet terbaharunya iaitu Huawei MediaPad M6 pada tarikh pelancaran tersebut. Walaupun tiada sebarang spesifikasi rasmi yang didedahkan, Huawei MediaPad M6 disahkan akan hadir dengan sokongan satu kamera utama dan juga dilengkapi dengan USB Type-C.

Berbeza dengan Huawei MediaPad M5 sebelum ini, tablet generasi baharu daripada Huawei ini juga dilihat telah mengembalikan semula bicu audio 3.5mm pada bahagian sisi kerangkanya. Tersedia dalam warna Champagne Gold, MediaPad M6 dipercayai akan dikuasakan dengan cipset Kirin 970.

Beli tablet Huawei di Huawei Online Store:

Baca juga:

Huawei Nova 5 Dan Nova 5i Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Depan – 21 Jun 2019

Huawei Dikhabarkan Akan Memperkenalkan Tablet MediaPad M6 Pro Dengan Cipset Kirin 970

Huawei Dilaporkan Sedang Menghasilkan Tiga Model Tablet Dengan Sokongan Cipset Kirin 980

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend