Huawei MediaPad M5 (8.0) Mula Terima EMUI 9.1 Beta Yang Membawakan GPU Turbo 3.0 Comments Off on Huawei MediaPad M5 (8.0) Mula Terima EMUI 9.1 Beta Yang Membawakan GPU Turbo 3.0

Semalam kami ada berkongsi berita yang mana Huawei P30 dan P30 Pro mula menerima kemas kini terbaru yang membawakan penambahbaikan kepada beberapa ciri pada peranti. Hari ini, Huawei juga dilaporkan telah melepaskan kemas kini EMUI 9.1 beta untuk tablet mereka iaitu MediaPad M5 (8-inci).

Melalui kemas kini, pengguna ditawarkan sokongan GPU Turbo 3.0, Smart Assistant, dan banyak lagi. Versi beta 9.1.0.57 kini dikhabarkan telah mula diterima oleh pengguna di China dan kemungkinan akan dilepaskan kepada pengguna global tidak lama lagi.

Berikut adalah model yang menyokongnya:

  • Huawei Mediapad M5 WiFi – JDN2-W09
  • Huawei Mediapad M5 LTE – JDN2-AL00

Sekiranya anda ingin menyemaknya secara manual, anda boleh ke Settings > System > System Update > Check for Updates.

Smart Assistant: Menambah sokongan bantuan suara pintar.

GPU Turbo 3.0: Versi terbaru menyediakan pengalaman permainan mudah alih yang lebih berprestasi serta senarai permainan yang lebih banyak.

Sistem Pembayaran Mudah: Versi terbaru Magic UI turut membawakan pilihan pembayaran yang lebih mudah tetapi terhad untuk kegunaan di China sahaja.

Baca juga:

Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?!

Senarai Rasmi 34 Model Telefon Pintar Dan Tablet Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend