HUAWEI MatePad Pro Terima Pensijilan 3C, Sah Guna Teknologi Pengecasan 40W Comments Off on HUAWEI MatePad Pro Terima Pensijilan 3C, Sah Guna Teknologi Pengecasan 40W 260

HUAWEI akan mengeluarkan tablet terbaru mereka tidak lama lagi menerusi model MatePad Pro. Apa yang menarik tentang tablet ini ialah ia hadir dengan kamera berlubang pada skrin seakan telefon pintar nova 4. Jadi, bezelnya juga dapat dinipiskan untuk memberi rupa yang segar dan moden.

Terkini, pengkalan data agensi pensijilan 3C, China telah menunjukkan data peranti yang menggunakan kod nama MRX-W09 dan MRX-AL09. Kedua-dua kod dipercayai merujuk kepada varian Wi-Fi dan LTE. Tambahan lagi, butiran turut menunjukkan ia hadir dengan teknologi pengecasan pantas yang serupa dengan siri Mate 30 iaitu SuperCharge 40W.

Terdahulu, sumber memaklumkan MatePad Pro bakal dilengkapi paparan 2560 x 1440, cipset Kirin 990 diikuti memori 8GB RAM. Pada masa sama, papan kekunci pintar dengan sambungan magnetik dan pen stylus iaitu M-Pen juga akan disertakan semasa pelancaran MatePad Pro nanti.

Empat pilihan warna yang mungkin dikeluarkan adalah putih, hitam, hijau, dan jingga.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend