HUAWEI MatePad Pro Kini Ditawarkan Dalam Pakej Bundle Pada Harga RM2,898 Comments Off on HUAWEI MatePad Pro Kini Ditawarkan Dalam Pakej Bundle Pada Harga RM2,898

Sempena meraikan ulang tahun HUAWEI Online Official Store yang ke-6 pada minggu ini, HUAWEI Malaysia telah menawarkan belian pakej bundle menarik untuk tablet Android terbaik iaitu HUAWEI MatePad Pro.

Bermula esok (29 April) hingga 7 Jun 2020, anda boleh memiliki HUAWEI MatePad Pro dengan bundle aksesori eksklusif iaitu HUAWEI M-Pencil dan juga HUAWEI Smart Magnetic Keyboard pada harga hanya RM2,898 berbanding harga asal RM3,197.

Menariknya sehingga tengah malam ini, pengguna boleh mendapatkan baucar online tambahan bernilai RM100 melalui aplikasi HUAWEI AppGallery. Anda hanya perlu mendaftar masuk akaun HUAWEI Online Official Store untuk menebus baucar tersebut.

Baucar yang ditebus boleh digunakan apabila ingin membuat pembelian dalam jualan ulang tahun pada 29 April ini dengan belian minimum bernilai RM1,100 dan ke atas.

Bermula hari ini hingga 4 Jun 2020, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi baucar dan juga telefon pintar HUAWEI P40 dengan hanya memuat turun dan berbelanja ke atas permainan terpilih seperti Lords Mobile, Naruto, Game of Thrones, Saint Seiya, Rise of Kingdoms dan Mobile Royale.

Tonton video sambungan pantas HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend