HUAWEI MatePad Pro Dengan Rekaan Bezel Nipis Sahkan Akan Dilancarkan Pada 25 November 2019 Comments Off on HUAWEI MatePad Pro Dengan Rekaan Bezel Nipis Sahkan Akan Dilancarkan Pada 25 November 2019 268

Melalui akaun rasmi di Weibo, Richard Yu selaku CEO HUAWEI telah mengumumkan bahawa mereka bakal memperkenalkan satu lagi produk dari siri Mate. Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di Shanghai, China pada 25 November 2019 nanti, dia tidak pula mendedahkan model yang dimaksudkan.

Berdasarkan imej acah yang dikongsikan, ia telah dipastikan sebagai model MatePad Pro yang sebelum ini pernah tertiris di arena Internet. Berbeza dengan tablet dari siri MediaPad, HUAWEI MatePad Pro ini membawakan sentuhan rekaan yang lebih moden dan kelihatan lebih premium.

HUAWEI MatePad Pro dikatakan akan menyokong rekaan bezel nipis, kamera depan di dalam skrin beresolusi 2K, dikuasakan oleh Kirin 990, memori 8GB RAM, papan kekunci magnetik, sokongan pen stylus M-Pen, dan juga teknologi pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W.

sumber

Baca juga:

HUAWEI MatePad Pro Terima Pensijilan 3C, Sah Guna Teknologi Pengecasan 40W

Kenali Revolusi Teknologi Pengecasan Pantas Berwayar Dan Tanpa Wayar Pada Peranti HUAWEI

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend