HUAWEI MatePad Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on HUAWEI MatePad Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Selepas siri HUAWEI P40 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global, baru-baru ini HUAWEI Malaysia telah mengumumkan akan membawa masuk tablet terbaharunya iaitu HUAWEI MatePad Pro untuk pasaran tempatan.

Menampilkan rekaan skrin berukuran 10.8 inci WQXGA (2560 x 1600 piksel) dengan paparan DCI-P3, HUAWEI MatePad Pro memiliki saiz bezel simetri hanya 4.9mm sahaja. Menariknya ia juga tersedia dengan rekaan lubang kamera depan pada skrin.

HUAWEI MatePad Pro juga telah dikuasakan dengan pemproses Kirin 990, ia juga menawarkan kombinasi RAM 8GB serta ruang storan sebesar 256GB.

Memiliki bateri berkapasiti 7250mAh, ia juga menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W. Lebih menariknya ia juga merupakan tablet pertama dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar dan juga pengecasan berbalik tanpa wayar.

Buat masa ini tarikh pelancaran dan juga harga jualan HUAWEI MatePad Pro masih lagi belum didedahkan. Kami akan berkongsi maklumat lanjut apabila ia dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend