HUAWEI MatePad 10.4 Turut Diumumkan Dengan Sokongan M-Pen Comments Off on HUAWEI MatePad 10.4 Turut Diumumkan Dengan Sokongan M-Pen

Bersama-sama dengan pelancaran siri nova 7, HUAWEI turut memperkenalkan tablet terbaru mereka – MatePad. Peranti ini tampil dengan reka bentuk lebih segar malah ia juga menyokong pen stylus M-Pen untuk memudahkan pengguna menghasilkan lakaran seni padanya.

MatePad hadir dengan paparan IPS LCD 10.4-inci beresolusi 2000 x 1200 piksel dan jika anda perasan bezel skrin kini berwarna putih berbanding hitam siri MediaPad. Disamping itu ia dilengkapi Kirin 810 dan dikuasakan bateri 7250mAh yang boleh dicas 18W melalui sambungan USB Type-C.

Selain menawarkan skrin besar, MatePad juga menyertakan dwikamera belakang 8MP dan satu kamera depan untuk swafoto. Sokongan lain turut menempatkan pembesar suara kuad berteknologi Harman Kardon dan empat mikrofon di sekeliling kerangka.

HUAWEI menyatakan MatePad 10.4 ini juga boleh digunakan untuk kegunaan pendidikan memandangkan tablet ini turut menyediakan sumber pembelajaran yang mudah diakses.

Dengan berat 450g, MatePad dijual pada harga bermula CNY1899 (~RM1171) untuk konfigurasi asas WiFi 4GB+64GB sementara varian WiFi+LTE 6GB+128GB pula berharga CNY2499 (~RM1541) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend