Huawei MateBook X Pro Warna Pink Gold Kini Ditawarkan Di China Comments Off on Huawei MateBook X Pro Warna Pink Gold Kini Ditawarkan Di China

Pada bulan Februari di acara MWC 2019 yang lalu, Huawei telah memperkenalkan versi kemas kini kepada laptop terbaru mereka menerusi Huawei MateBook X Pro (2019). Selepas sebulan dilancarkan di China, bulan ini Huawei telah tampil dengan warna baharu untuk laptop tersebut.

Huawei MateBook X Pro (2019) Pink Gold kini mula ditawarkan di negara berkenaan dengan tanda harga CNY8,999 atau lebih kurang RM5,450 sebuah. Menurut Huawei, mereka mensasarkan warna ini khusus kepada golongan wanita.

Laptop ini dilengkapi empat konfigurasi berbeza dan untuk pasaran China buat masa ini hanya satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu Core i5 8GB RAM + 512GB SSD + NVIDIA MX250. Daripada segi luaran, ia masih lagi mengekalkan rekaan asal berasaskan kerangka badan logam dengan paparan skrin Ultra FullView Display 13.9-inci 3K (3000 x 2000p) boleh-sentuh.

Dikuasakan Intel Core i7-8565U dan NVIDIA GeForce MX250, laptop ini turut memuatkan sistem penyejukan yang dipanggil Huawei Shark Fans 2.0. Selain itu, ia juga menyediakan pengimbas cap jari pada papan kekunci dan kamera depan tersembunyi di dalam butang papan kekunci.

Buat masa ini, tiada maklumat mengatakan Huawei MateBook X Pro (2019) Pink Gold akan dijual di pasaran lain selain China.

Beli Huawei MateBook X Pro: https://shop.huawei.com/my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend