Huawei MateBook X Pro – Pertama Di Dunia Dengan Paparan Sesentuh FullView 3K Comments Off on Huawei MateBook X Pro – Pertama Di Dunia Dengan Paparan Sesentuh FullView 3K

Huawei Consumer Business Group (CBG) akan membawa masuk komputer riba dengan paparan sesentuh FullView pertama dunia ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Memandangkan permintaan skrin hampir penuh meningkat saban hari, Huawei juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan teknologi tersebut ke dalam segmen komputer riba mereka.

Menerusi paparan FullView, pengguna dapat menikmati pengalaman ke tahap yang lebih tinggi. Tidak seperti sekarang, kebanyakan komputer riba yang digunakan anda memiliki bingkai setebal roti putih yang dijual di kedai.

Huawei MateBook X Pro dipadankan dengan bingkai yang sangat nipis sekaligus menjadikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 91%. Nisbah setinggi ini juga tidak banyak ditawarkan pada telefon pintar. Komputer riba ini menggunakan paparan berteknologi LTPS berasaskan IPS dengan resolusi 3000 x 2000 piksel. Jurutera yang berjaya membuang bezel sebanyak yang mungkin juga telah memasukkan ciri yang membolehkan pengguna menonton video 4K.

NVIDIA GeForce MX150 + Speaker Dolby Atmos

Komputer riba ini dicipta bagi mereka yang bekerja di pejabat, kerana berat MateBook X Pro hanya dianggarkan sekitar 1.33kg, malah dengan ketebalan 14.6mm ia mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dikuasakan pemproses Intel Core i7 generasi ke-8, komputer riba ini sangat pantas untuk melakukan sebarang tugasan.

Sementara menunggu ia dijual di Malaysia, anda juga boleh mendapatkan peranti terbaharu Huawei Nova 3 Primrose Gold pada harga RM1,919 di kedai dalam talian Huawei Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend