Huawei MateBook X Pro (2019) Kini Diperkenalkan Dengan Prestasi Lebih Berkuasa Dan Storan Lebih Besar Comments Off on Huawei MateBook X Pro (2019) Kini Diperkenalkan Dengan Prestasi Lebih Berkuasa Dan Storan Lebih Besar 534

Jika Huawei Mate X diperkenalkan untuk segmen telefon pintar, Huawei turut memperkenalkan versi peningkatan untuk komputer ribanya dengan penawaran Huawei MateBook X Pro (2019) dalam acara MWC 2019 yang berlangsung di Barcelona. Tidak dinafikan dari segi reka bentuk fizikal dan juga sokongan port, Huawei MateBook X Pro (2019) ini tampil sama sahaja seperti generasi sebelumnya.

Apa yang membezakan antara MateBook X Pro (2019) dengan MateBook X Pro yang diperkenalkan pada tahun lepas adalah pilihan pemproses yang lebih berkuasa iaitu generasi ke-8 Intel Core i5-8265U ataupun i7-8565U yang didakwa 10% lebih pantas berbanding sebelum ini. Bahkan versi i7-8565U juga menyokong kad grafik NVIDIA GeForce MX250 (2GB GDDR5 VRAM) yang 3.5% lebih berkuasa.

Jika anda inginkan prestasi grafik yang lebih berkuasa, sokongan port Thunderbolt 3 pada MateBook X Pro ini juga boleh disambungkan bersama-sama dengan kad grafik tambahan dengan keupayaan grafik sehingga NVIDIA GeForce GTX 2080. Port ini juga boleh digunakan untuk sambungan monitor dengan resolusi 4K.

Konfigurasi memori MateBook X Pro (2019) ini juga tersedia dalam dua pilihan berbeza iaitu 8GB/16GB RAM dan juga storan sebesar 512GB/1TB, bergantung kepada varian yang dipilih. Apa yang istimewanya, versi terbaharu ini juga tersedia dengan Huawei Share 3.0 OneHop yang membolehkan telefon pintar dengan sokongan NFC dapat disambungkan dengan sangat mudah untuk tujuan penghantaran fail.


Huawei MateBook X Pro (2019) akan dijual pada harga bermula daripada €1,599 (kira-kira RM7,386) dan ia boleh dimiliki sekitar bulan April 2019 nanti.

Spesifikasi Huawei MateBook X Pro (2019):

  • Windows 10
  • Intel Core i5-8265U / i7-8565U (8th Gen)
  • 8GB / 16GB RAM
  • 512GB / 1TB NVMe PCIe SSD
  • Intel UHD Graphics 620 / NVIDIA GeForce MX250
  • 13.9 inci LTPS, 3000 x 2000 piksel (skrin sentuh)
  • Kamera web 1MP
  • 4x speaker (Dolby Atmos)
  • 1x Thunderbolt, 1x USB-C, 1x USB-A 3.0, bicu audio 3.5mm
  • Lithium polymer 57.4 Wh (Huawei MateBook Charger 65W)
  • Butang kuasa dengan pengimbas cap jari terbina-dalam
  • Huawei Share 3.0 OneHop

Miliki Huawei MateBook X Pro → https://shop.huawei.com/my/

Baca juga:

Huawei MateBook 13 Dan MateBook 14 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan ‘FullView Display’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend