Huawei MateBook 13 Diperkenalkan Dengan Rekaan Leper Tetapi Berkuasa 0 211

Huawei yang mengambil bahagian dalam acara CES 2019 hari ini memperkenalkan Huawei MateBook 13, laptop yang ringan serta nipis tetapi cukup berkuasa. Ini adalah model ketiga selepas MateBook X dan MateBook D yang diperkenalkan pada suku terakhir tahun lalu.

Bercakap mengenai spesifikasi, MateBook 13 dilengkapi paparan 13-inci beresolusi tinggi (2160 x 1440p), pemproses Intel Core i7-8568 (Whiskey Lake) atau i5-8265 untuk versi asas, sistem grafik NVIDIA MX150, memori RAM 2GB RAM, serta menawarkan bateri selama 10 jam. Laptop ini juga boleh digunakan untuk 2.5 jam dengan hanya 15 minit pengecasan.

Selain daripada bezel yang nipis (4.4mm) di kiri dan kanan, ia cukup ringan dengan berat sekitar 1.28kg. Tidak seperti MateBook X, paparan skrin laptop ini tidak menyokong fungsi sentuhan. Malahan, tubuh badan yang dibina menggunakan aluminium juga kelihatan premium menerusi kemasan warna Space Gray dan Silver.

Huawei MateBook 13 akan berada di pasaran A.S. bermula bulan ini pada harga USD1000 (~RM4115) untuk versi i5, sementara USD1300 (~RM5350) untuk versi i7. Walaubagaimanapun, Huawei MateBook X masih lagi kekal hebat dengan tubuh badan lebih nipis dan reka bentuk yang lebih seksi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend