Huawei MateBook 13 Dengan Teknologi Huawei Share 3.0 Menawarkan Perkongsian Fail Tanpa Wayar Yang Pantas Comments Off on Huawei MateBook 13 Dengan Teknologi Huawei Share 3.0 Menawarkan Perkongsian Fail Tanpa Wayar Yang Pantas 317

Serentak dengan pelancaran siri Huawei P30 pada 6 April 2019 yang lalu, Huawei Malaysia turut menawarkan satu lagi produk terbaharunya dengan kemunculan Huawei MateBook 13 yang baru sahaja diperkenalkan dalam acara CES yang berlangsung pada awal tahun yang lalu.

Sebagaimana yang kita ketahui, Huawei MateBook 13 menjanjikan beberapa ciri-ciri menarik seperti rekaan yang sangat kompak dan juga tampil dengan paparan skrin 2K yang memiliki rekaan bezel sangat nipis. Namun begitu, tanpa anda sedari sebenarnya ia turut tersedia dengan teknologi Huawei Share 3.0 yang sangat praktikal khususnya untuk pemilik telefon pintar Huawei.

Huawei Share 3.0 atau juga dikenali sebagai ‘One Tap to Share’ menyokong teknologi pemindahan gambar atau video tanpa wayar yang sangat pantas iaitu mencapai 30MB/s. Ini bermakna ia akan hanya mengambil masa sekitar dua minit untuk memindahkan 1,000 gambar dari telefon pintar ke Huawei MateBook 13.

Untuk menggunakan Huawei Share 3.0 pada MateBook 13, telefon pintar Huawei anda perlulah memiliki sambungan NFC dengan sokongan EMUI versi 9.0. Pemindahan gambar atau video boleh terus dihantar dengan meletakkan telefon pintar pada logo Huawei Share pada MateBook 13 dan proses akan dimulakan secara automatik.

Baca juga:

Huawei MateBook 13 Dengan Paparan 2K FullView Akan Dijual Pada 6 April – Harga Bermula RM3,999

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend