Huawei MateBook 13 Dengan Fungsi ‘One Hop Share’ Akan Tiba Di Malaysia Pada April 2019 0 281

Diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran global di dalam acara MWC 2019 yang lalu, Huawei Malaysia kini telah mengumumkan ketibaan Huawei MateBook 13 untuk pasaran tempatan yang akan dilancarkan pada April 2019 depan.

Huawei MateBook 13 yang memiliki paparan skrin berukuran 13 inci ini tampil dalam rekaan kerangka yang sangat premium kerana memiliki saiz bezel nipis yang sebelum ini diperkenalkan pada model Huawei MateBook X Pro. Dikuasakan dengan Intel Core i7-8565U dan juga grafik NVIDIA GeForce MX150, komputer riba kompak ini turut menjanjikan prestasi penyejukan terbaik daripada Huawei Shark Fin Fans 2.0.

Dilengkapi dengan fungsi ‘One Hop Share’ yang dikuasakan oleh Huawei Share 3.0, anda kini mampu menghantar pelbagai fail seperti gambar, video atau dokumen daripada Huawei Mate 20 dengan hanya menyentuh peranti itu ke Huawei MateBook 13. Penghantaran fail tanpa wayar ini mampu menghantar 1,000 keping gambar dalam tempoh hanya dua minit sahaja.

Untuk mengetahui harga dan juga tarikh ketersediaan Huawei MateBook 13 di Malaysia, nantikan pendedahan rasminya menjelang April 2019 nanti.

Baca juga:

Huawei MateBook 13 Dan MateBook 14 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan ‘FullView Display’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend