HUAWEI MateBook 13 Dan MateBook 14 Model 2020 Kini Hadir Dengan Pemproses Intel Core Generasi Ke-10 Comments Off on HUAWEI MateBook 13 Dan MateBook 14 Model 2020 Kini Hadir Dengan Pemproses Intel Core Generasi Ke-10

Sedar atau tidak, HUAWEI telahpun memperkenalkan komputer riba MateBook 13 dan MateBook 14 secara rasmi dalam acara MWC 2019 pada Februari 2019.

Kini selepas genap setahun diperkenalkan, HUAWEI kini telah menampilkan model baharu untuk kedua-dua komputer riba itu dengan pelancaran MateBook 13 dan MateBook 14 model 2020 untuk pasaran di China.

Kedua-dua model MateBook 13 dan MateBook 14 ini telahpun dibuka untuk pra-tempah, dan ia akan dijual secara rasmi di negara itu bermula 7 Februari 2020 ini.

Dari segi penampilan fizikal, kedua-dua komputer riba ini masih mengekalkan rekaan yang sama (kecuali cetakan logo ‘HUAWEI’ menggantikan logo berbentuk kipas pada MateBook 13). Namun perbezaan paling utama pada model 2020 adalah sokongan pemproses Intel Core generasi ke-10.

Spesifikasi HUAWEI MateBook model 13:

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i5-10210U 10th Gen / Intel Core i7-10510U 10th Gen
  • NVIDIA GeForce MX250 (2GB GDDR5)
  • 16GB LPDDR3 2133MHz
  • 512GB PCIe SSD
  • 13 inci IPS LCD, 2160 x 1440 piksel (skrin sentuh)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, NFC
  • 2x USB-C (sokong pengecas, data, DisplayPort), 3.5mm audio jack
  • Bateri Lithium Polymer 41.7Wh
  • HUAWEI USB-C power adapter 65W
  • Pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa
  • Pilihan warna: Silver, Space Gray, Cherry Pink Gold

Spesifikasi HUAWEI MateBook 14 model 2020:

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i5-10210U 10th Gen / Intel Core i7-10510U 10th Gen
  • NVIDIA GeForce MX250 (2GB GDDR5)
  • 8GB / 16GB LPDDR3 2133MHz
  • 512GB PCIe SSD
  • 14 inci IPS LCD, 2160 x 1440 piksel (skrin sentuh)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, NFC
  • 1x USB-C (sokong pengecas, data, DisplayPort), 1x USB-A 3.0, 1x USB-A 2.0, 1x HDMI, 3.5mm audio jack
  • Bateri Lithium Polymer 56Wh
  • HUAWEI USB-C power adapter 65W
  • Pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa
  • Pilihan warna: Silver, Space Gray

Harga jualan di China:

  • HUAWEI MateBook 13 model 2020
    • Intel Core i5-10210U 10th Gen / 16GB + 512GB – CNY5,999 (~RM3,527)
    • Intel Core i7-10510U 10th Gen / 16GB + 512GB – CNY6,999 (~RM4,115)
  • HUAWEI MateBook 14 model 2020
    • Intel Core i5-10210U 10th Gen / 8GB + 512GB – CNY5,899 (~RM3,468)
    • Intel Core i5-10210U 10th Gen / 16GB + 512GB – CNY6,399 (~RM3,762)
    • Intel Core i7-10510U 10th Gen / 16GB + 512GB – CNY7,399 (~RM4,350)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend