Huawei MateBook 13 Dan MateBook 14 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan ‘FullView Display’ Comments Off on Huawei MateBook 13 Dan MateBook 14 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan ‘FullView Display’ 486

Dalam acara MWC 2019 yang sedang berlangsung, Huawei turut mengumumkan dua lagi komputer ribanya iaitu Huawei MateBook 13 dan MateBook 14 untuk pasaran global. Menampilkan rekaan ‘FullView Display’ yang pertama kali diperkenalkan pada Huawei MateBook X Pro, kedua-dua komputer riba ini hadir dengan saiz bezel yang sangat nipis.

MateBook 13 dan MateBook 14 masing-masing dilengkapi dengan paparan skrin sentuh berukuran 13 inci dan 14 inci beresolusi 2160 x 1440 piksel. Sama seperti MateBook X Pro, kedua-dua model komputer riba ini turut dikuasakan dengan pemproses Intel Core i5-8265U dan i7-8565U generasi ke-8.

Namun dari segi keupayaan grafik, MateBook 13 menyokong kad grafik Intel UHD Graphics 620 atau NVIDIA GeForce MX150. Manakala MateBook 14 pula hadir dengan kad grafik Intel UHD Graphics 620 ataupun NVIDIA GeForce MX250 (2GB GDDR5 VRAM). Pretasi kedua-dua komputer riba ini akan dioptimumkan lagi dengan kipas Huawei Shark Fin Fans 2.0 yang lebih senyak dan sejuk.

Huawei MateBook 13 akan mula dijual bermula Februari 2019 dan MateBook 14 pula boleh dimiliki bermula April 2019 nanti.

Spesifikasi Huawei MateBook 13:

  • Windows 10
  • Intel Core i5-8265U / i7-8565U (8th Gen)
  • 8GB RAM
  • 256GB / 512GB SSD
  • Intel UHD Graphics 620 / NVIDIA GeForce MX150
  • 13 inci IPS, 2160 x 1440 piksel (skrin sentuh)
  • Kamera web 1MP
  • 2x speaker (Dolby Atmos)
  • 2x USB-C, bicu audio 3.5mm
  • Lithium polymer 41.8 Wh (Huawei MateBook Charger 65W)
  • Butang kuasa dengan pengimbas cap jari terbina-dalam
  • Huawei Share 3.0 OneHop
  • 286 x 211 x 14.9mm
  • 1.3kg

Spesifikasi Huawei MateBook 14:

  • Windows 10
  • Intel Core i5-8265U / i7-8565U (8th Gen)
  • 8GB/16GB RAM
  • 256GB / 512GB SSD
  • Intel UHD Graphics 620 / NVIDIA GeForce MX250
  • 14 inci IPS, 2160 x 1440 piksel (skrin sentuh)
  • Kamera web 1MP
  • 2x speaker (Dolby Atmos)
  • 1x USB-C, 1x USB-A 3.0, 1x USB-A 2.0, 1x HDMI, bicu audio 3.5mm
  • Lithium polymer 57.4 Wh (Huawei MateBook Charger 65W)
  • Butang kuasa dengan pengimbas cap jari terbina-dalam
  • Huawei Share 3.0 OneHop
  • 307.5 x 223.8 x 15.9mm
  • 1.49kg

Baca juga:

Huawei MateBook X Pro (2019) Kini Diperkenalkan Dengan Prestasi Lebih Berkuasa Dan Storan Lebih Besar

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend