HUAWEI Mate Xs Dengan Sokongan Cipset Kirin 990 5G Akan Ditawarkan Bermula Mac 2020 Comments Off on HUAWEI Mate Xs Dengan Sokongan Cipset Kirin 990 5G Akan Ditawarkan Bermula Mac 2020

Serentak dengan pengumuman ketersediaan pra-tempah untuk siri Mate 30 5G dan juga Mate X untuk pasaran di China, HUAWEI turut mengesahkan kemunculan satu lagi varian telefon pintar dengan skrin boleh lipat keluarannya iaitu HUAWEI Mate Xs.

Mate Xs akan dikuasakan dengan cipset Kirin 990 5G yang tersedia dengan sokongan cip modem 5G. Berbeza dengan Kirin 980 yang digunakan pada Mate X, generasi kedua telefon pintar dengan skrin boleh lipat daripada HUAWEI ini menjanjikan prestasi lebih berkuasa menggunakan proses 7nm+ EUV, cip NPU serta teras Cortex-A76/A55 yang dipertingkatkan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, HUAWEI Mate Xs akan ditawarkan bermula bulan Mac tahun depan dengan menampilkan rekaan fizikal yang mirip seperti HUAWEI Mate X sedia ada. Namun begitu, harga dan juga tarikh spesifik untuk generasi kedua ini masih lagi belum didedahkan.

Baca juga:

HUAWEI Mate X Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Sah Akan Dikuasakan Oleh Kirin 990

HUAWEI Mate X Akan Mula Dijual Pada 15 November Di China Pada Harga Mencecah RM10,000

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend