HUAWEI Mate Xs BONIA Limited Edition Ditawarkan Dalam 20 Unit Dengan Aksesori Eksklusif Comments Off on HUAWEI Mate Xs BONIA Limited Edition Ditawarkan Dalam 20 Unit Dengan Aksesori Eksklusif

HUAWEI Malaysia sebelum ini sudahpun mula menjual telefon pintar 5G dengan skrin boleh lipat pertamanya di negara ini pada 20 Mac yang lepas pada harga RM11,111.

Menariknya selain edisi biasa, HUAWEI Malaysia turut berkolaborasi dengan BONIA untuk memperkenalkan HUAWEI Mate Xs BONIA Limited Edition yang ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad iaitu hanya 20 unit sahaja.

Dijual pada harga yang sama, HUAWEI Mate Xs BONIA Limited Edition ini didatangkan dengan aksesori eksklusif hasil sentuhan BONIA. Ini dapat dilihat pada sarung pelindung telefon pintar dan juga sarung pelindung FreeBuds 3 yang diperbuat daripada kulit buaya berkualiti tinggi.

Pembelian HUAWEI Mate Xs BONIA Limited Edition di laman BONIA.com akan turut menerima baucar tunai bernilai RM6,000. Kesemua 20 unit HUAWEI Mate Xs edisi terhad ini tidak lagi dijual di BONIA Boutique Pavilion, sebaliknya boleh dibeli secara atas talian berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia.

Berdasarkan pemerhatian kami, kini hanya tinggal 9 unit sahaja lagi HUAWEI Mate Xs BONIA Limited Edition yang masih belum terjual.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend