Huawei Mate X vs Samsung Galaxy Fold – Perbandingan Spesifikasi Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Comments Off on Huawei Mate X vs Samsung Galaxy Fold – Perbandingan Spesifikasi Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat 810

Inovasi rekaan telefon pintar dengan sokongan paparan skrin boleh lipat telah mengubah perspektif pengguna terhadap cara menggunakan telefon pintar mirip seperti di dalam filem fiksyen. Trend rekaan telefon pintar dengan skrin boleh lipat ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya melalui kemunculan model Samsung Galaxy Fold pada 20 Februari yang lalu.

Huawei Mate X

Tidak lama selepas itu Huawei pula telah memperkenalkan model Mate X yang tampil dengan sokongan rangkaian 5G yang juga merupakan salah satu trend untuk tahun 2019 ini. Walaupun Huawei Mate X dan Samsung Galaxy Fold diperkenalkan dengan keupayaan skrin boleh lipat, kedua-dua model ini sebenarnya menjanjikan spesifikasi yang berbeza.

Samsung Galaxy Fold

Berikut adalah perbezaan spesifikasi antara Huawei Mate X dan juga Samsung Galaxy Fold:

Pendekatan lipatan skrin yang berbeza…

Huawei Mate X
Samsung Galaxy Fold

Huawei Mate X menyokong rekaan skrin yang boleh dilipat ke belakang, berbanding rekaan Samsung Galaxy Fold yang menyokong lipatan skrin mirip seperti bukaan buku. Cara bukaan yang disokong oleh Samsung Galaxy Fold dilihat lebih mudah, tetapi peralihan dari paparan telefon pintar ke paparan tablet pada Huawei Mate X terasa lebih menarik.

Baca juga:

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend