Huawei Mate X Tersenarai Dalam Laman Rasmi Vmall Di China, Akan Dijual Bermula Jun 2019 Comments Off on Huawei Mate X Tersenarai Dalam Laman Rasmi Vmall Di China, Akan Dijual Bermula Jun 2019

Huawei sebelum ini telah mengejutkan industri telefon pintar apabila memperkenalkan peranti dengan skrin boleh lipat pertama di dunia menyokong rangkaian 5G. Selain menampilkan rekaan inovasi yang unik, Huawei Mate X juga merupakan satu-satunya peranti keluaran Huawei yang tersedia dengan teknologi Huawei SuperCharge 55W.

Walaupun telah diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya pada Februari yang lalu, Huawei Mate X masih lagi belum dijual secara rasmi di pasaran. Tetapi pada penghujung bulan Mac yang lalu, Richard Yu selaku CEO Kumpulan Perniagaan Pelanggan Huawei telah mengesahkan bahawa model ini akan mula dijual menjelang Jun 2019 nanti.

Lebih menarik perhatian, baru-baru ini Huawei Mate X dilihat telah mula tersenarai di laman rasmi Vmall di China. Namun begitu, buat masa ini tiada maklumat berhubung harga jualannya berjaya diperolehi. Apa yang pasti, harga jualannya nanti sudah tentunya tidak murah berikutan pelbagai teknologi baharu yang disokongnya.

Perbezaan spesifikasi antara Huawei Mate X dengan Samsung Galaxy Fold:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend