HUAWEI Mate X Generasi Seterusnya Akan Dilancarkan Pada Separuh Kedua 2020 Comments Off on HUAWEI Mate X Generasi Seterusnya Akan Dilancarkan Pada Separuh Kedua 2020

Akhir bulan lalu, HUAWEI telah mengumumkan yang mana HUAWEI Mate Xs akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac tahun hadapan. Ia akan dilengkapi cipset Kirin 990 dengan sokongan 5G terbina bersama beberapa tingkat taraf berbanding generasi pertama, Mate X.

Hari ini, tersebar pula khabar berita mengatakan HUAWEI akan memperkenalkan telefon pintar boleh lipat serba baharu pada separuh kedua 2020. Pembekal dari Taiwan memaklumkan yang mereka sudah mula mengeluarkan engsel dan komponen tertentu untuk keperluan peranti, tetapi dalam jumlah yang kecil.

Pembuat engsel turut melaporkan bahawa mereka telah melihat potensi yang besar untuk segmen telefon pintar boleh lipat, malah berharap pengeluaran besar-besaran dapat dilakukan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, komponen untuk peranti seumpama ini adalah sangat kompleks dan tidak pasti sama ada barisan pengeluaran dapat beroperasi dengan licin ataupun sebaliknya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend