HUAWEI Mate X Akan Mula Dijual Pada 15 November Di China Pada Harga Mencecah RM10,000 Comments Off on HUAWEI Mate X Akan Mula Dijual Pada 15 November Di China Pada Harga Mencecah RM10,000 122

Serentak dengan pengumuman pra-tempah untuk model Mate 30 5G dan Mate 30 Pro 5G di China, HUAWEI turut melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertamanya iaitu Mate X untuk pasaran tempatan di China.

Ditawarkan pada harga CNY16,999 (~RM10,062), HUAWEI Mate X hanya ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad. Walau bagaimanapun ia hanya akan dijual secara rasmi di China melalui platform Vmall bermula 15 November 2019, dan tidak akan ditawarkan untuk pasaran global yang lain.

Memandangkan Mate X menyokong rekaan skrin boleh lipat yang agak terdedah, HUAWEI turut menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk penukaran skrin peranti itu buat kali pertama.

Spesifikasi HUAWEI Mate X:

  • 2G/3G/4G/5G (SA & NSA)
  • EMUI 9.1 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 + Balong 5000
  • 8GB + 512GB (sokong kad NM sehingga 256GB)
  • 8.0 inci OLED, 2480 x 2200 piksel (dibuka) / 6.6 inci OLED, 2480 x 1148 piksel (dilipat)
  • 40MP (f/1.8) + 16MP (Ultra Wide Angle, f/2.2) + 8MP (Telephoto, f/2.4) + ToF
  • 4500mAh (HUAWEI SuperCharge 55W)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C, Dual Frequency GPS
  • Gravity Sensor, Ambient Light Sensor, Proximity Sensor, Gyroscope, Compass, Fingerprint sensor, Hall sensor, Barometer, Infrared sensor, Colour Temperature sensor
  • 146.2mm (dibuka) / 78.5mm (dilipat) x 161.3 x 5.4~11mm
  • 300g
  • Warna: Interstellar Blue

Baca juga:

Video Buka Kotak HUAWEI Mate X Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Mula Tersebar Di Internet

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend