HUAWEI Mate 30 Pro Dengan Sokongan Satu Speaker Catat Skor 60 Mata Untuk Ujian DxOMark Audio Comments Off on HUAWEI Mate 30 Pro Dengan Sokongan Satu Speaker Catat Skor 60 Mata Untuk Ujian DxOMark Audio

DxOMark baru-baru ini telah mendedahkan keputusan ujian audio untuk model HUAWEI Mate 30 Pro yang telah berjaya memperolehi skor sebanyak 60 mata. Berdasarkan pecahan skor yang dicatatkan, HUAWEI Mate 30 Pro berjaya memperolehi 57 mata untuk prestasi memain semula audio dan juga 72 mata untuk keupayaan rakaman audio.

Berdasarkan skor yang dicatatkan itu, HUAWEI Mate 30 Pro berada di kedudukan ke-10, jauh ditinggalkan oleh HUAWEI Mate 20 X yang berada di kedudukan teratas dengan 75 mata. Namun begitu ia dilihat lebih baik berbanding HONOR 20 Pro dan juga Sony Xperia 1 yang masing-masing mencatatkan skor 53 mata dan 45 mata.

HUAWEI Mate 30 Pro dilihat mencatatkan skor audio yang agak rendah memandangkan ia hanya dilengkapi satu speaker sahaja pada bahagian bawah kerangkanya. Manakala sokongan teknologi paparan akustik pada peranti ini hanya digunakan untuk menjawab panggilan sahaja.

sumber

Baca juga:

Google Pixel 4 Menduduki Tangga Ke-5 Dalam Ujian Penanda Aras DxOMark Audio

HUAWEI Mate 30 Pro Berjaya Berada Di Kedudukan Teratas DxOMark Dengan 121 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend