HUAWEI Mate 30 Pro 5G Catat Kelajuan Internet Cecah 1.8Gbps, Bakal Dilancarkan Di Malaysia Comments Off on HUAWEI Mate 30 Pro 5G Catat Kelajuan Internet Cecah 1.8Gbps, Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Sebelum ini HUAWEI Malaysia telahpun dilaporkan akan melancarkan model terbaharunya iaitu Mate 30 Pro 5G untuk pasaran tempatan. Ia berjaya didedahkan selepas model 5G daripada HUAWEI itu berjaya melepasi laman rasmi SIRIM baru-baru ini.

Menariknya HUAWEI Malaysia baru-baru ini telahpun menjalankan demonstrasi kelajuan Internet menggunakan rangkaian 5G daripada Maxis, dan Mate 30 Pro 5G berjaya mencatatkan kelajuan muat turun mencecah sehingga 1.8Gbps.

Sebagai rujukan, HUAWEI Mate 30 Pro 5G masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti model Mate 30 Pro. Tetapi perbezaannya terletak pada sokongan cipset Kirin 990 5G dengan sokongan rangkaian 5G NSA (non-standalone network)/SA (standalone network).

Buat masa ini tarikh pelancaran Mate 30 Pro 5G di Malaysia masih lagi belum didedahkan kepada umum. Malah masih tidak diketahui sama ada HUAWEI Malaysia akan membawa masuk warna istimewa Vegan Leather Orange dan Vegan Leather Forest Green ataupun tidak.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend