HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Versi 5G Habis Terjual Di Vmall China Dalam Tempoh 7 Minit Comments Off on HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Versi 5G Habis Terjual Di Vmall China Dalam Tempoh 7 Minit

Hari ini HUAWEI telahpun mula menjual secara rasmi model Mate 30 dan Mate 30 Pro versi 5G untuk pasaran China melalui laman Vmall di negara itu. Berdasarkan perkongsian rasmi yang dikongsikan, kesemua model Mate 30 5G dan juga Mate 30 Pro 5G dilaporkan telah berjaya dijual dalam tempoh 7 minit sahaja iaitu bermula jam 10.08 pagi hingga 10.15 pagi (waktu tempatan China).

Melalui jualan tersebut, HUAWEI turut memaklumkan bahawa mereka telah berjaya merekodkan jualan sebanyak CNY700 juta (~RM414 juta). Secara purata Vmall di China telah berjaya mencipta rekod baharu untuk siri Mate 30 versi 5G yang menyaksikan rekod jualan sebanyak CNY100 juta (~RM59 juta) bagi setiap minit.

Bahkan warna edisi terhad untuk siri Mate 30 versi 5G iaitu Orange dan Forest Green juga dilaporkan telah habis dijual dalam tempoh beberapa saat sahaja. Selain dua warna tersebut, ia turut ditawarkan dalam warna Cosmic Purple, Space Silver, Black dan Emerald Green.

Harga jualan siri Mate 30 versi 5G di China:

  • Huawei Mate 30 5G
    • 8GB + 128GB – CNY4,999 (~RM2,958)
    • 8GB + 256GB – CNY5,499 (~RM3,253)
  • Huawei Mate 30 Pro 5G
    • 8GB + 256GB – CNY6,899 (~RM4,082)
    • 8GB + 512GB – CNY7,899 (~RM4,673)

Baca juga:

Pra-Tempah HUAWEI Mate 30 5G Dan Mate 30 Pro 5G Dibuka Di China Pada Harga Bermula Daripada RM2959

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Akan Dijual Pada Harga RM2799 Dan RM3899

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend