HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W Comments Off on HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

Bertempat di Munich, Jerman, HUAWEI hari ini telahpun melancarkan secara rasmi dua model terbaharunya iaitu HUAWEI Mate 30 dan juga Mate 30 Pro untuk pasaran global. Sebagaimana generasi sebelum ini, HUAWEI dilihat telah memperkenalkan pelbagai inovasi baharu untuk kedua-dua perantinya ini.

HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro masing-masing telah dikuasakan dengan cipset Kirin 990 5G yang bukan sahaja menjanjikan prestasi lebih berkuasa, tetapi ia juga telah tersedia dengan keupayaan sambungan 5G yang jauh lebih pantas dengan ketahanan bateri lebih lama berbanding peranti 5G sedia ada di pasaran. Selain menjanjikan penggunaan tenaga lebih efisien, sokongan teknologi penyejukan Graphene Film juga mampu memastikan peranti lebih cepat sejuk.

 

HUAWEI Mate 30 menyokong paparan OLED ‘FullView Display’ berukuran 6.62 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), manakala Mate 30 Pro pula menampilkan rekaan skrin melengkung yang dikenali sebagai ‘Horizon Display’ menggunakan panel Flex OLED berukuran 6.53 inci FHD+ (2400 x 1176 piksel). Kedua-dua model ini turut menyokong teknologi DCI-P3 HDR, Anti Blue Light dan juga Cinematic Colour.

Istimewanya, Mate 30 Pro menampilkan rekaan takuk yang lebih lebar bagi menempatkan pelbagai sensor termasuklah Gesture Sensor, 3D Depth Camera, Ambient Light, Proximity Sensor, dan juga kamera depan beresolusi 32MP. HUAWEI Mate 30 pula tampil dengan rekaan takuk lebih kecil yang menempatkan kamera depan beresolusi 24MP.

Keupayaan penggambaran Mate 30 hadir dengan sokongan tiga kamera yang terdiri daripada lensa 40MP RYYB (f/1.8, SuperSensing Wide) + 16MP (f/2.2, Ultra Wide) + 8MP (f/2.4, Telephoto, OIS, 3x Optical Zoom) + Laser Focus. HUAWEI Mate 30 Pro pula tersedia dengan sokongan empat kamera dengan konfigurasi lensa 40MP RYYB (f/1.6, SuperSensing Wide, OIS) + 40MP (f/1.8, Ultra Wide Cine) + 8MP (f/2.4, Telephoto, OIS, 3x Optical Zoom) + 3D Depth Sensing (ToF).

Dari segi bateri pula, Mate 30 menyokong bateri berkapasiti 4200mAh dan Mate 30 Pro pula menawarkan kapasiti bateri lebih besar mencecah 4500mAh. Proses pengecasan bateri terasa lebih pantas kerana kedua-dua model ini dilengkapi teknologi pengecasan pantas 40W, dan juga pengecasan pantas tanpa wayar mencecah sehingga 27W. Malah HUAWEI turut mengesahkan sokongan pengecasan Wireless Reverse Charge 3x lebih pantas berbanding generasi sebelum ini.

Keupayaan rakaman video HUAWEI Mate 30 Pro juga telah dipertingkatkan dengan sokongan lensa dedikasi 40MP Cine Camera yang pertama di dunia. Melalui lensa ini, Mate 30 Pro berupaya merakam video berkualiti 4K 60fps, ISO sehingga 51200, menyokong efek bokeh masa-nyata, Dual OIS + AIS untuk rakaman video lebih stabil, time-lapse 4K HDR+, dan juga rakaman gerak perlahan sehingga 7680 fps.

Dioperasikan dengan EMUI 10 berasaskan Android 10, Mate 30 dan Mate 30 Pro ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu Space Silver, Emerald Green, Cosmic Purple, dan Black. Selain itu, kedua-dua model ini turut diperkenalkan dalam dua edisi istimewa yang menampilkan kemasan panel belakang kulit iaitu Vegan Leather Forest Green dan juga Vegan Leather Orange.

Harga:

  • HUAWEI Mate 30 (8GB + 128GB) – €799 (~RM3,704)
  • HUAWEI Mate 30 Pro (8GB + 256GB) – €1,099 (~RM5,094)
  • HUAWEI Mate 30 Pro 5G (8GB + 256GB) – €1,199 (~RM5,558)

*Harga jualan di Eropah ini termasuk cukai VAT

Tonton acara pelancaran rasmi siri HUAWEI Mate 30:

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 RS Diperkenalkan Dengan Rekaan Menawan Sentuhan PORSCHE DESIGN

HUAWEI Perkenal Pengecas Tanpa Wayar Dalam Kereta 27W Dengan Pemegang Pintar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend