Huawei Mate 30 Bakal Guna Skrin Melengkung 6.71″, SuperCharge 55W, Sambungan 5G, Dan Banyak Lagi Comments Off on Huawei Mate 30 Bakal Guna Skrin Melengkung 6.71″, SuperCharge 55W, Sambungan 5G, Dan Banyak Lagi

Selepas siri P30 dilancarkan, Huawei kini menumpukan perhatian mereka kepada segmen telefon pintar mercu akan datang iaitu siri Mate 30. Dikhabarkan model Pro akan dipadatkan dengan sejumlah ciri baharu dan paling berkuasa.

Mengikut laporan beberapa hari lepas, Huawei didakwa akan mengeluarkan cipset Kirin 985 secara besar-besaran di kilang mereka pada suku ketiga tahun ini. Cipset terbaru ini akan menggunakan teknologi 7nm yang mana turut menggandingkan cip Balong 5000 di dalamnya. Jadi, kita boleh mengesahkan salah satu model daripada Mate 30 ini akan hadir sokongan 5G.

Selain itu, siri Mate 30 akan dilengkapi paparan yang lebih besar berbanding siri P30. Huawei juga bercadang ingin meletakkan skrin sebesar 6.71-inci pada model Pro yang mana skrin ini juga melengkung. Sekiranya Huawei menggunakan panel OLED pada paparan peranti, pembekalnya adalah daripada BOE, China.

Baca juga:

Huawei Mate 30 Dengan Dwi Paparan Membolehkan Swafoto Diambil Menggunakan Kamera Belakang

Bercakap tentang kamera, Huawei akan menyertakan sensor ToF pada peranti ini. Pada masa sama, keseluruhan posisi lensa akan diubah mengikut reka bentuk baharu. Walau bagaimanapun, masih belum boleh dipastikan lagi adakah Huawei akan membuang takuk pada skrin. Untuk kedudukan pengimbas cap jari dalam skrin, ia mungkin tidak akan berubah.

Huawei Mate 30 dilaporkan akan dibungkus dengan bateri berkapasiti 4,200mAh, sama seperti sebelum ini tetapi sistem pengecasan pula telah dipertingkatkan dengan teknologi SuperCharge 55W – membuatkan ia boleh dicas lebih pantas berbanding Mate 20 Pro.

Tiada spesifikasi lain yang tertiris dan dilaporkan setakat ini, jadi sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend