HUAWEI Mate 30 / 30 Pro Versi 5G Terima Kemas Kini Terbaru Khusus Untuk Kamera Comments Off on HUAWEI Mate 30 / 30 Pro Versi 5G Terima Kemas Kini Terbaru Khusus Untuk Kamera 183

Awal bulan ini, HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro versi 5G telah mula dijual di China. Jualan pertama juga telah melihatkan kesemua stok sedia ada habis terjual di VMALL hanya dalam tempoh 7 minit.

Selang beberapa hari kemudian iaitu hari ini, kedua-dua peranti tersebut dilaporkan sudah menerima kemas kini terbaru yang membawakan beberapa naik taraf. Ia memfokuskan kepada perisian kamera untuk pengalaman fotografi yang lebih baik.

Change log yang menujukkan tingkat taraf pada kamera kebanyakannya.

Kini, pengguna di China boleh mengambil gambar mod malam menggunakan lensa ultralebar selain kualiti gambar turut dipertingkatkan. Fungsi ISO juga dinaikkan lebih tinggi mencapai 51200. Tambahan, isu dalam galeri juga diperbaiki disamping prestasi sistem diperhebatkan.

Buat masa ini, kemas kini diberikan kepada pengguna di China memandangkan peranti ini hanya ditawarkan di negara Tembok Besar itu sahaja.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend