Huawei Mate 20 X Versi 5G Akan Diperkenalkan Dengan Sokongan Cipset Balong 5000 Comments Off on Huawei Mate 20 X Versi 5G Akan Diperkenalkan Dengan Sokongan Cipset Balong 5000

Jika sebelum ini Huawei telah memperkenalkan Huawei Mate X sebagai telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat yang pertama di dunia menyokong rangkaian 5G. Penawaran peranti 5G keluaran Huawei nampaknya akan lebih diperluaskan lagi dengan kemunculan Huawei Mate 20 X versi 5G tidak lama lagi.

Huawei Mate 20 X (kiri) menyokong saiz skrin yang sangat besar mencecah 7.2 inci berbanding Huawei Mate 20 Pro (kanan)

Huawei Mate 20 X merupakan model yang telah dilancarkan pada Oktober 2018 dan ia telah dikuasakan dengan pemproses Kirin 980 dan kombinasi memori 6GB RAM + 128GB storan. Bagi membolehkan model ini berupaya menyokong rangkaian sebenar 5G, versi peningkatan Mate 20 X akan turut dilengkapi dengan cipset 5G Balong 5000.

Buat masa ini tidak pula didedahkan spesifikasi lain untuk Huawei Mate 20 X versi 5G ini, tetapi ia berkemungkinan akan mengekalkan sokongan spesifikasi sedia ada. Ini termasuklah paparan skrin OLED 7.2 inci FHD+, dilengkapi sistem penyejukan, bateri berkapasiti 5000 mAh, dan juga sistem tiga kamera beresolusi 40MP + 20MP + 8MP.

Harga dan juga ketersediaan jualan Huawei Mate 20 X versi 5G ini masih lagi belum didedahkan kepada umum.

Baca juga:

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend