Huawei Mate 20 X, Mate 20 RS, OnePlus 6T Dan Xiaomi Mi MIX 3 Antara 10 Peranti Android Menyokong ARCore 0 204

Google ARCore merupakan platform yang diperkenalkan untuk membolehkan peranti Android untuk menyokong aplikasi AR (Realiti Tambahan), dan dengan adanya sokongan ARCore, ia membenarkan pengguna untuk menyelitkan kandungan animasi 3D pada kamera.

Jika sebelum ini Google telah mengumumkan sokongan ARCore untuk Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro, kini sebanyak 10 lagi model telah tersenarai. Ini termasuklah dua lagi model dari siri Huawei Mate 20 iaitu varian gaming Mate 20 X dan juga varian premium iaitu Porsche Design Mate 20 RS.

Huawei Mate 20 X kini turut tersenarai secara rasmi untuk menyokong ARCore.

Selain itu, Google turut mengumumkan tujuh lagi jenama lain iaitu Honor 8X, Honor View 10 Lite, Nokia 8.1, Samsung Galaxy J7 (2017), Samsung Galaxy J7 Pro (SM-J730), Sony Xperia XZ3, Xiaomi Mi MIX 3 dan juga model yang baru sahaja diperkenalkan iaitu OnePlus 6T.

Untuk mendapatkan senarai penuh peranti yang menyokong ARCore, sila layari laman rasmi https://developers.google.com/.

Miliki siri Huawei Mate 20 anda hari ini:

Baca juga:

Huawei Mate 20 Dan Mate 20 Pro Disahkan Sudah Siap Tersedia Dengan Ciri Google ARCore

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend