HUAWEI Mate 20 X 5G Merupakan Peranti 5G Global Yang Boleh Digunakan Di Banyak Negara Comments Off on HUAWEI Mate 20 X 5G Merupakan Peranti 5G Global Yang Boleh Digunakan Di Banyak Negara

Berbeza dengan peranti dengan sokongan rangkaian 4G, tidak semua model yang diperkenalkan sesuai digunakan untuk kebanyakan negara kerana batasan teknologi sambungan yang digunakan. Ini jelas dapat dilihat melalui penawaran telefon pintar 4G di China yang tidak sesuai digunakan di negara luar.

Namun begitu, menurut He Gang selaku Presiden Bahagian Perniagaan Produk Telefon Mudah Alih HUAWEI, Mate 20 X 5G telah diperkenalkan di banyak negara, termasuklah Jerman, Switzerland, UK, Poland, Emiriah Arab Bersatu, dan banyak negara lagi.

Memandangkan perkakasan yang digunakan adalah sama seperti versi yang dijual di China, ini bermakna peranti yang sama boleh digunakan di negara yang memiliki rangkaian 5G tanpa masalah. HUAWEI Mate 20 X 5G merupakan peranti pertama hadir dengan sokongan dua cip 7nm (Kirin 980 + Balong 5000).

Dilancarkan pada minggu lepas di China, Mate 20 X 5G (8GB + 256GB) akan mula dijual secara rasmi bermula 16 Ogos nanti pada harga CNY6,199 (~RM3,710).

Baca juga:

HUAWEI Mate 20 X 5G Dilancarkan Di China Pada Harga Lebih Kurang RM3,710

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend