HUAWEI Mate 20 X 5G Menduduki Kedudukan Teratas Telefon Pintar Dengan Sistem UI Paling Lancar Comments Off on HUAWEI Mate 20 X 5G Menduduki Kedudukan Teratas Telefon Pintar Dengan Sistem UI Paling Lancar

Baru-baru ini aplikasi ujian penanda aras ‘Master Lu’ yang sememangnya terkenal di China, telah mengumumkan senarai teratas telefon pintar dengan sokongan sistem UI (antaramuka pengguna) yang paling lancar di pasaran buat masa ini. Bagi mengukur kelancaran sistem UI, aplikasi ini akan menjalankan pelbagai tugasan berbeza termasuklah kelajuan salinan data, kadar respons peralihan antaramuka, masa membuka laman web, respons aplikasi ketika digunakan, dan banyak lagi.

Menariknya melalui senarai yang dikongsikan, HUAWEI Mate 20 X 5G telah berjaya berada di tempat pertama dengan skor sebanyak 146.41 poin. Dikuasakan dengan cipset Kirin 980 dan juga cip modem Balong 5000, ia telah berjaya mengatasi skor yang dicatatkan oleh dua peranti yang dikuasakan dengan Snapdragon 855 iaitu ASUS ROG Phone II dan juga ZTE Axon 10 Pro 5G.

HONOR 9X Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi di China pada hujung bulan Julai yang lalu.

Manakala di tempat ke-4 pula telah disandang oleh HONOR 9X Pro yang dikuasakan dengan Kirin 810, diikuti oleh Vivo iQOO Neo dan juga HONOR 9X.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend