HUAWEI Mate 20 X 5G Dilancarkan Di China Pada Harga Lebih Kurang RM3,710 Comments Off on HUAWEI Mate 20 X 5G Dilancarkan Di China Pada Harga Lebih Kurang RM3,710

HUAWEI Mate 20 X 5G merupakan telefon pintar 5G pertama yang dilancarkan secara rasmi di China hari ini.

Menurut sumber, telefon pintar ini ditawarkan pada harga CNY6,199 atau lebih kurang RM3,710 mengikut tukaran mata wang semasa. Harga ini sekaligus lebih murah berbanding Mate 20 X 5G yang dijual di Switzerland pada bulan Mei lalu melalui syarikat telekomunikasi tempatan.

HUAWEI Mate 20 X 5G menyertakan sokongan dwi-SIM yang mana kedua-duanya dengan sambungan 5G. ia masih menggunakan cipset yang sama seperti model 4G iaitu Kirin 980 tetapi menggunakan modem Balong 5000.

Selain itu, bateri Mate 20 X 5G hadir dengan bateri lebih kecil iaitu 4,200mAh berbanding 5,000mAh pada model 4G. Bagaimanapun, sokongan pengecasan pantas dipertingkatkan kepada 40W daripada 22.5W.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend