Huawei Mate 20 Versi ‘Lebih Besar’ Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Huawei Mate 20 Versi ‘Lebih Besar’ Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei Malaysia dalam pengumuman terbarunya memaklumkan kita bakal diperkenalkan dengan sebuah lagi peranti terbaru daripada siri Mate 20 tidak lama lagi. Huawei memaklumkan peranti tersebut adalah versi yang ‘Lebih Besar’ berbanding tiga model sedia ada iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, dan Mate 20 X.

Petunjuk lain yang diberikan adalah berbunyi seperti ‘besar, pantas, berkuasa, dan lebih baik’. Oleh itu, kami berpendapat ia mungkin memiliki RAM dan storan yang lebih besar seperti 8GB RAM dan 256GB storan untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Untuk pengetahuan semua, memori sebesar itu hanya terdapat di peranti Porsche Design Huawei Mate 20 RS yang sehingga kini masih belum diperkenalkan di Malaysia. Huawei Mate 20 RS memiliki panel belakang bersalut kulit dan gelas yang lebih premium berbanding tiga model yang lain. Selain daripada itu harga yang ditawarkan juga lebih mahal seperti generasi terdahulu dengan harga mencecah RM7,000 seunit.

Jika bukan model super-premium yang dibawa masuk, mungkin model terbaru ini adalah Huawei Mate 20 Pro versi 8GB yang telah diperkenalkan di pasaran China sebelum ini. Bagaimanapun tiada maklumat jelas yang kami terima setakat artikel ini ditulis. Jadi kita tunggu sahaja sehingga pengumuman rasmi daripada pihak mereka.

Huawei Mate 20 Pro – Android Paling Lengkap Setakat Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend