Huawei Mate 20 Pro Versi 8GB + 256GB Diumumkan Pada Harga RM3999 Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Versi 8GB + 256GB Diumumkan Pada Harga RM3999

Harga jualan Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM dan 256GB storan diumumkan secara rasmi hari ini. Peranti ini boleh dibeli di kedai dalam talian Huawei Online Store, Lazada, dan SenHeng selain di kedai fizikal Huawei Experience Store seluruh Malaysia. Seperti yang dimaklumkan, peranti ini hanya tersedia dengan pilihan warna Twilight sahaja.

Semak juga: Hasil Gambar Huawei Mate 20 Pro Dari Tangan Kami

Huawei Mate 20 Pro dilengkapi skrin 6.39-inci OLED dengan resolusi QHD+ 3120 x 1440. Bateri yang ditawarkan pula adalah sebesar 4200mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperCharge 40W. Dimuatkan sistem tri kamera Leica 40MP + 20MP + 8MP, ia dijana sistem operasi terkini EMUI 9 berasaskan Android Pie.

Anda juga boleh mendapatkan versi memori yang lebih kecil iaitu 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM3599 sebuah. Beli Huawei Mate 20 Pro di https://shop.huawei.com/my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend