Huawei Mate 20 Pro Tersenarai Sebagai Salah Satu Daripada 15 Model Yang Layak Terima Android Q Beta Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Tersenarai Sebagai Salah Satu Daripada 15 Model Yang Layak Terima Android Q Beta

Serentak dengan majlis pelancaran Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL di dalam acara I/O 2019, Google turut mengumumkan senarai penuh telefon pintar Android bukan keluaran Google yang layak menerima kemas kini Android Q Beta 3. Terdiri daripada 12 jenama telefon pintar terkenal, Huawei Mate 20 Pro merupakan satu-satunya model yang terpilih bagi mewakilkan jenama Huawei.

Namun begitu bagi membolehkan anda memuat turun Android Q Beta 3 pada Huawei Mate 20 Pro, anda perlu menghasilkan sekurang-kurangnya satu aplikasi di Google Play Store, dan Huawei ID anda perlu didaftarkan dengan menggunakan akaun email Google Play Developer.

Berikut adalah senarai penuh model telefon pintar bukan Google Pixel yang layak menerima kemas kini Android 10 Q Beta 3:

  • Huawei Mate 20 Pro
  • ASUS ZenFone 5Z
  • Essential Phone
  • LG G8 ThinQ
  • Nokia 8.1
  • OnePlus 6T
  • OPPO Reno
  • Realme 3 Pro
  • Sony Xperia XZ3
  • Vivo X27
  • Vivo NEX S
  • Vivo NEX A
  • Xiaomi Mi 9
  • Xiaomi Mi MIX 3 5G
  • TECNO SPARK 3 Pro

Selain daripada senarai yang dinyatakan di atas, kesemua model telefon pintar yang diperkenalkan oleh Google turut menerima kemas kini Android 10 Q Beta 3 iaitu Google Pixel, Pixel XL, Pixel 2, Pixel 2 XL, Pixel 3, dan juga Pixel 3 XL.

Penambahan senarai model telefon pintar yang layak menyertai program Android Q Beta pada tahun ini sebenarnya merupakan salah satu daripada kejayaan ‘Projek Treble’, dalam usaha untuk mempercepatkan kemas kini sistem operasi Android. Malah tahun ini telah mencatatkan peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding tahun 2018 yang hanya mencatatkan 8 model telefon pintar daripada 7 jenama.

sumber

Baca juga:

Menangi Satu Daripada 999 Unit Huawei M3 Lite Bernilai RM989 Melalui Peraduan ‘Ramadan Kareem’

Huawei Mate 20 Pro Boleh Dimiliki Pada Harga RM2,999 Bermula 1 Mac 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend