Huawei Mate 20 Pro Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Pilihan Mod ‘Super Macro’ Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Pilihan Mod ‘Super Macro’

Sokongan tiga kamera pada Huawei Mate 20 Pro sebelum ini telah disenaraikan oleh DxOMark sebagai telefon pintar dengan prestasi kamera terbaik di pasaran. Jika sebelum ini model ini telah menerima kemas kini yang hadir dengan sokongan tampalan keselamatan Android untuk bulan Disember 2018 dan juga fungsi pengecaman wajah yang dipertingkatkan, baru-baru ini satu lagi kemas kini baharu ditawarkan untuk Mate 20 Pro.

Kemas kini dengan nombor binaan 9.0.0.183(C636E10R3P2) hadir dalam saiz fail kurang daripada 350MB ini menawarkan tampalan keselamatan Android untuk bulan Januari 2019. Berdasarkan log perubahan yang dipaparkan, kemas kini baharu ini juga turut mempertingkatkan navigasi sistem skrin penuh dan juga memperbaiki kualiti panggilan.

Lebih menariknya, pilihan mod ‘Super Macro’ kini telah ditawarkan secara berasingan bagi memudahkan pengguna mengaktifkan fungsi penggambaran tersebut. Sebelum ini mod ‘Super Macro’ akan hanya diaktifkan secara automatik apabila kamera dihalakan dekat ke arah objek dengan menggunakan bantuan mod Master AI.

Memandangkan kami tidak memiliki Huawei Mate 20 Pro buat masa ini, jadi kami tidak dapat mengesahkan sama ada pengguna di negara ini sudah menerima kemas kini ataupun belum.

Sumber

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Mencatatkan Skor 109 Dalam Ujian Prestasi Kamera DxOMark

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend