Huawei Mate 20 Pro Kini Telah Disingkirkan Daripada Laman Rasmi Android Q Beta Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Kini Telah Disingkirkan Daripada Laman Rasmi Android Q Beta

Di dalam acara Google I/O 2019, Google turut mengumumkan senarai penuh telefon pintar Android yang layak menerima kemas kini Android Q Beta, sebagai sebahagian daripada ‘Project Treble’. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Huawei Mate 20 Pro merupakan satu-satunya telefon pintar keluaran Huawei yang terpilih untuk menerima kemas kini tersebut.

Namun begitu, dalam diam-diam Google dilihat telah menyingkirkan Huawei Mate 20 Pro daripada laman rasmi Android Q Beta. Keputusan itu telah diambil berikutan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap Google untuk menghentikan sokongan kemas kini baharu untuk telefon pintar keluaran Huawei.

Penyingkiran Huawei Mate 20 Pro daripada laman tersebut, telah menyaksikan hanya 14 model bukan keluaran Google yang akan menerima kemas kini Android Q Beta setakat ini:

  • Huawei Mate 20 Pro
  • ASUS ZenFone 5Z
  • Essential Phone
  • LG G8 ThinQ
  • Nokia 8.1
  • OnePlus 6T
  • OPPO Reno
  • Realme 3 Pro
  • Sony Xperia XZ3
  • Vivo X27
  • Vivo NEX S
  • Vivo NEX A
  • Xiaomi Mi 9
  • Xiaomi Mi MIX 3 5G
  • TECNO SPARK 3 Pro

Baca juga:

Sistem Operasi Daripada Huawei Mungkin Diperkenalkan Pada September 2019, Mampu Menyokong Aplikasi Android Dan Web

Huawei Mate 20 Pro Tersenarai Sebagai Salah Satu Daripada 15 Model Yang Layak Terima Android Q Beta

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend