Huawei Mate 20 Pro Mungkin Tawarkan Skrin OLED Melengkung Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Mungkin Tawarkan Skrin OLED Melengkung Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Generasi sebelum ini Huawei Mate 10 hadir dengan skrin LCD sementara Mate 10 Pro dengan skrin berteknologi OLED. Melalui khabar angin terbaru, Huawei dikatakan akan memperkenalkan Huawei Mate 20 Pro dengan skrin melengkung di sisi menggunakan teknologi OLED yang terbaharu.

ET News, media Korea Selatan yang melaporkan turut menambah pengeluar dari China, BOE akan menjadi membekal skrin tersebut untuk kegunaan Huawei. Peranti yang akan datang dijadualkan bakal bertemu orang ramai dalam beberapa bulan lagi iaitu sekitar Oktober yang merujuk kepada Huawei Mate 20 Pro.

BOE baru-baru ini mengumumkan perjanjian dengan Huawei untuk panel OLED. Dengan kerjasama ini ia menunjukkan Huawei sedia menerima campur tangan daripada pihak luar dalam penghasilan panel OLED walaupun Huawei sendiri telah melabur banyak dalam pembikinan panel OLED generasi ke enam pada tahun 2017.

ET News bagaimanapun melaporkan pengeluaran secara besar-besaran akan dilakukan pada bulan ini untuk Huawei Mate 20 Pro. Telefon pintar ini akan didatangkan dengan skrin dwi melengkung pada bahagian sisi selain kemungkinan menawarkan pengimbas cap jari pada skrin seperti Huawei Mate RS.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend