Huawei Mate 20 Pro Habis Terjual Selepas Beberapa Jam Sesi Pra-Tempah Dibuka 0 459

Selepas beberapa jam sahaja Huawei Malaysia membuka sesi pra-tempah untuk siri Mate 20 semalam, model Mate 20 Pro telah habis dijual di Huawei Online Shop dan juga Lazada. Permintaan yang sangat tinggi terhadap peranti flagship Android terbaik tahun 2018 ini telah berjaya mencatatkan aliran trafik yang sangat tinggi dicatatkan pada laman sesawang pra-tempah tersebut.

Menurut Huawei Malaysia, buat masa ini hanya laman sesawang 3ex sahaja masih memiliki stok yang sangat terhad untuk pengguna membuat pra-tempah Mate 20 Pro.

Siri Huawei Mate 20 telah mendapat sambutan yang sangat positif di kalangan pengguna kerana ia telah menjadi penanda aras baharu terhadap industri telefon pintar dengan pelbagai pengiktirafan ‘pertama di dunia’. Bagi yang berminat untuk memiliki produk terbaharu daripada Huawei, anda boleh membuat pra-tempah sehingga 22 Oktober ini.

Miliki peranti pilihan anda hari ini:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend