Huawei Mate 20 Pro Dipercayai Sokong Pemproses Kirin 980 Dengan Pengecasan Pantas 40W?! Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Dipercayai Sokong Pemproses Kirin 980 Dengan Pengecasan Pantas 40W?!

Huawei sebelum ini ada dikhabarkan akan mengumumkan produk terbarunya dalam acara IFA 2018 yang berlangsung di Berlin Pada 31 Ogos nanti. Menurut desas-desus yang diperkatakan, Huawei akan memperkenalkan cip pemproses terbarunya iaitu HiSilicon Kirin 980 di dalam acara tersebut.

Skor benchmark AnTuTu yang dicatatkan oleh Huawei Mate 20 dengan sokongan Kirin 980 sebelum ini memperlihatkan prestasi yang sangat berkuasa.

Apa yang menariknya, Huawei akan melancarkan siri Mate 20 pada Oktober 2018 nanti dan ia dipercayai sebagai peranti pertama yang akan dikuasakan dengan pemproses tersebut. Baru-baru ini ada pihak telah mendedahkan gambar yang didakwa merupakan model Huawei Mate 20 Pro yang menyaksikan sokongan skrin rata penuh tanpa takuk.

Imej peranti yang didakwa sebagai Huawei Mate 20 Pro telah dikongsikan di laman Weibo.

Melalui perkongsian itu juga, spesifikasi Huawei Mate 20 Pro juga turut didedahkan dengan memperlihatkan sokongan pemproses Kirin 980, pengimbas cap jari pada skrin, dilengkapi konfigurasi tiga kamera beresolusi 42 Megapiksel, bateri dengan sokongan pengecasan pantas 40W atau bersamaan 10V4A, dan juga dilengkapi dengan teknologi GPU Turbo.

Sumber yang berkongsi gambar yang didakwa sebagai Huawei Mate 20 Pro ini turut mendedahkan sokongan spesifikasi peranti itu di Internet.

Huawei Mate 20 Pro ini dipercayai akan dijual pada harga CNY5,000 (kira-kira RM2,974) dan harga ini dilihat tidak begitu jauh berbeza dengan model Huawei Mate 10 Pro yang sebelum ini dijual pada harga RM3,099 di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend