Huawei Mate 20 Pro Dinobatkan Sebagai Pemenang Untuk Anugerah ‘Telefon Pintar Terbaik’ Di MWC 2019 Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Dinobatkan Sebagai Pemenang Untuk Anugerah ‘Telefon Pintar Terbaik’ Di MWC 2019 474

Berlangsung di Barcelona bersempena acara MWC 2019, Huawei telah menerima pengiktirafan daripada penganjur GSMA melalui kemenangan Huawei Mate 20 Pro dalam merangkul anugerah ‘Telefon Pintar Terbaik’. Kejayaan ini berjaya dicapai berdasarkan beberapa kriteria utama seperti prestasi berkuasa, sistem kamera terbaik, ketahanan bateri yang lama, penyelesaian pengecasan inovatif, dan juga rekaan yang menarik.

Kejayaan yang dimenangi oleh Huawei Mate 20 Pro ini telah dibantu oleh sokongan cipset 7nm Kirin 980, teknologi pengecasan pantas 40W, pengecasan tanpa wayar 15W, dan juga ciri pengecasan reverse wireless charging yang menjanjikan penyelesaian pengecasan yang lengkap.


Huawei Mate 20 Pro juga dilengkapi dengan keupayaan penggambaran tiga lensa LEICA yang dikenali sebagai Sistem Kamera Matriks yang menjanjikan keupayaan penggambaran sudut luas dan juga makro. Bahkan rekaan panel belakang kaca dengan kemasan permukaan Hyper Optical Pattern juga memberikan satu sentuhan yang unik pada rekaan peranti ini.

Miliki siri Huawei Mate 20 anda hari ini:

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro – Android Paling Lengkap Setakat Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend