Huawei Mate 20 Pro Dilaporkan Akan Menyokong Paparan Skrin OLED Sebesar 6.9 Inci?! Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Dilaporkan Akan Menyokong Paparan Skrin OLED Sebesar 6.9 Inci?!

Huawei selaku pengeluar telefon pintar nombor satu di China dan nombor tiga di dunia, baru-baru ini telah dilaporkan akan memperkenalkan model terbarunya iaitu Huawei Mate 20 Pro dengan saiz skrin paling besar untuk telefon pintar iaitu mencecah sehingga 6.9 inci.

Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro sebelum ini masing-masing hadir dengan sokongan paparan skrin 5.9 inci IPS LCD dan 6.0 inci AMOLED.

Laporan yang dikongsikan oleh penerbitan dari Korea Selatan iaitu The Bell telah melaporkan bahawa model tersebut akan menggunakan panel skrin OLED yang akan dihasilkan oleh pengeluar panel OLED popular iaitu Samsung Display. Menurutnya lagi, penggunaan panel OLED berukuran 6.9 inci itu akan digunakan pada Huawei Mate 20 Pro yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat 2018 atau suku pertama tahun 2019 nanti.

Siri Huawei Mate 20 dilaporkan akan turut menyokong pengimbas cap jari pada skrin sama seperti Huawei Mate RS.

Selain itu, model Huawei Mate 20 juga turut didakwa akan hadir dengan sokongan panel OLED tetapi dalam saiz paparan skrin yang lebih kecil iaitu hanya 6.1 inci. Sebagai rujukan, sebelum ini keputusan skor benchmark AnTuTu yang diperolehi oleh Huawei Mate 20 yang dioperasikan dengan HiSilicon Kirin 980 telah berjaya mencatatkan skor tertinggi iaitu melebihi 350,000 poin. Malah model ini juga dipercayai akan turut menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin sama seperti Huawei Mate RS.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend