Huawei Mate 20 Pro Dengan Kirin 980 Mencatatkan Skor AnTuTu Melebihi 310,000 Poin Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Dengan Kirin 980 Mencatatkan Skor AnTuTu Melebihi 310,000 Poin

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Huawei melancarkan Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro secara rasmi, dan setakat ini kita telah berjaya mengetahui sedikit sebanyak tentang spesifikasi dan juga rekaan model baharu daripada Huawei ini. Bahkan pada minggu lepas juga kita telah menyaksikan sendiri keupayaan prestasi Kirin 980 melalui pendedahan keputusan ujian Geekbench.

Hari ini sekali lagi prestasi pemproses Kirin 980 yang disokong oleh Huawei Mate 20 Pro telah berjaya mencatatkan keputusan yang sangat mengagumkan apabila skor ujian penanda aras AnTuTu pula telah didedahkan. Dengan menggunakan nombor model LYA-L29, Huawei Mate 20 Pro telah mencatatkan keputusan sebanyak 313,561 poin.

Walaupun catatan skor yang diperolehi sedikit lebih rendah berbanding pemproses A12 pada iPhone XS dan iPhone XS Max, Huawei Mate 20 Pro jelas memperlihatkan prestasi yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan peranti Android yang lain. Sebagai contoh, peranti Android dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, rata-ratanya mencatatkan skor sekitar 290,000 poin.

Tetapi perlu diingat bahawa keputusan skor yang dicatatkan ini telah dibuat menggunakan unit yang masih lagi dalam proses percubaan dan bukannya unit akhir yang akan dijual kepada pengguna nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend