Huawei Mate 20 Pro Dan Nova 4 Edisi Istimewa Diperkenalkan Bagi Meraikan Kejayaan 200 Juta Unit Jualan Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Dan Nova 4 Edisi Istimewa Diperkenalkan Bagi Meraikan Kejayaan 200 Juta Unit Jualan

Sebagaimana yang telah dijangka oleh Huawei, ternyata tanggal 25 Disember telah menyaksikan kejayaan pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia ini untuk mencapai jualan 200 juta unit peranti keluarannya. Berita ini merupakan satu perkembangan positif untuk Huawei walaupun sebelum ini berhadapan dengan pelbagai kontroversi.

Menurut Huawei, kejayaan ini berjaya dicapai melalui sambutan siri Huawei P20 dan juga siri Huawei Mate 20 yang telah mendapat permintaan yang sangat tinggi di seluruh dunia. Sejak diperkenalkan, sebanyak 16 juta unit siri Huawei P20 telah berjaya dijual dan siri Huawei Mate 20 pula telah terjual sebanyak 5 juta unit sejak diperkenalkan pada Oktober lalu.

Bagi meraikan pencapaian itu, Huawei telah mendedahkan edisi istimewa untuk model Huawei Mate 20 Pro dan juga Nova 4 yang menerima sentuhan cetakan khas ‘200 juta’ pada panel belakangnya. Malahan setiap perkataan pada kedua-dua model itu turut dicetak menggunakan tulisan berwarna emas.

Huawei Mate 20 Pro edisi istimewa itu tampil dalam warna Emerald Green dan ia akan menyokong konfigurasi memori 8GB + 256GB, manakala Huawei Nova 4 edisi istimewa pula diperkenalkan dalam warna Secret Red dengan sokongan teknologi pengimbas cap jari pada skrin.

Walau bagaimanapun harganya buat masa ini masih belum diumumkan dan akan mula dijual di China pada 1 Januari 2019 nanti.

Baca juga:

Pengedaran Telefon Pintar Huawei Untuk Pasaran Global Dijangka Melepasi 200 Juta Unit Menjelang 25 Disember 2018

Pengguna Huawei Siri Nova Kini Mencecah 65 Juta Orang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend