Huawei Mate 20 Pro Catat Rekod Baru Untuk Pra-Tempah Di Eropah Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Catat Rekod Baru Untuk Pra-Tempah Di Eropah

Tahun 2018 ini merupakan tahun terbaik buat Huawei apabila ia telah berjaya mencatatkan peningkatan jualan Huawei P20 Pro sehingga 316% lebih tinggi berbanding unit jualan P10 Plus. Ini mungkin dibantu oleh sokongan tiga kamera LEICA yang pertama di dunia dan juga pengenalan warna baharu iaitu Twilight yang menjadi trend pada masa kini.

Pelancaran Huawei Mate 20 Pro yang juga hadir dengan tiga kamera LEICA yang dipertingkatkan ini nyata jauh lebih baik apabila ia telah berjaya mencatatkan rekod baharu pra-tempah di Eropah Barat. Menurut laporan yang didedahkan, Huawei Mate 20 Pro mencatatkan unit pra-tempah 40% lebih baik berbanding Huawei P20 Pro.

Walaupun harga jualan Huawei Mate 20 Pro sedikit tinggi berbanding siri Mate sebelum ini, sambutan yang sangat menggalakkan ini berjaya dicapai melalui promosi pra-tempah yang sangat menarik. Sebagai contoh, di Eropah pembeli akan menerima Huawei Watch GT, manakala di Malaysia sendiri pembeli menerima pad pengecas tanpa wayar, Huawei TalkBand B5 dan juga DJI Tello untuk pembeli terawal.

Anda kini sudah boleh memiliki Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro:

Huawei Berjaya Menjual Siri Mate 20 Bernilai RM60 Juta Dalam Tempoh 8 Saat Di China

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend