Huawei Mate 20 Mungkin Memiliki Sistem Penyejukan Graphene Comments Off on Huawei Mate 20 Mungkin Memiliki Sistem Penyejukan Graphene

Bulan depan Huawei Mate 20 akan dilancarkan secara rasmi kepada orang ramai. Seperti biasa, ada sahaja maklumat yang tertiris dan terkini mengenai sistem penyejuk. Dikhabarkan Huawei Mate 20 akan hadir dengan sistem penyejukan berasaskan Graphene. Apa itu graphene?

Imej menunjukkan lapisan Graphene pada papan induk Huawei Mate 20

Secara ringkas Graphene merupakan lapisan karbon atom yang sangat nipis yang disusun dalam kekisi berbentuk heksagon. Fungsi utamanya ialah menyerap haba yang terhasil daripada cipset dan mengalihkan ke tempat lain dengan segera. Melalui proses ini, ia memastikan peranti dapat beroperasi dengan baik sepanjang masa lebih-lebih lagi ketika bermain permainan mudah alih.

[Sumber gambar] Weibo
Seperti yang semua tahu, pemproses Kirin 980 akan dimuatkan pada Huawei Mate 20. Cipset ini dibina berasaskan 7nm dan teknologi dwi NPU ini boleh dikatakan mampu meningkatkan prestasi peranti sehinga dua kali ganda berbanding Kirin 970. Pihak Huawei memaklumkan, Mate 20 telah direka khusus untuk pengguna yang sukakan permainan mudah alih – jadi ia ditala dengan sokongan 60fps seperti permainan konsol.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend