Huawei Mate 20 Lite Dipercayai Akan Ditawarkan Dalam Tiga Warna Pilihan Comments Off on Huawei Mate 20 Lite Dipercayai Akan Ditawarkan Dalam Tiga Warna Pilihan

Beberapa hari yang lepas rekaan imej CAD Huawei Mate 20 Lite telahpun tertiris di Internet dan ia jelas memperlihatkan rekaan sebenar model terbaru keluaran Huawei itu kepada umum. Berdasarkan kepada gambar yang tertiris itu, rekaan panel belakang Huawei Mate 20 Lite kelihatan mirip seperti rekaan Mate 10 Porsche Design.

Baru-baru ini individu yang terkenal dengan ketirisan maklumat iaitu Evan Blass telah berkongsi di laman Twitter miliknya berhubung pilihan warna yang akan ditawarkan untuk Huawei Mate 20 Lite. Menurutnya terdapat tiga warna boleh dimiliki iaitu hitam, emas atau biru, dan ketiga-tiga warna ini menyokong panel hadapan dalam warna hitam.

Setakat ini, Huawei Mate 20 Lite dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses terbaru Kirin 710, hadir dengan kombinasi memori 6GB + 64GB, dwi kamera utama beresolusi 20MP + 2MP, dwi kamera hadapan beresolusi 24MP + 2MP, paparan skrin 6.3 inci FHD+ dan juga bateri berkapasiti 3650 mAh.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend