Huawei Mate 20 Lite Dilancarkan Di China Dengan Menggunakan Nama Huawei Maimang 7 Comments Off on Huawei Mate 20 Lite Dilancarkan Di China Dengan Menggunakan Nama Huawei Maimang 7

Hari ini Huawei telah melancarkan model terbarunya dari siri Mate 20 dengan kehadiran model Mate 20 Lite di China. Berbeza dengan nama yang akan digunakan untuk pasaran global, model ini akan lebih dikenali sebagai Huawei Maimang 7 untuk pasaran di sana.

Dengan rekaan panel hadapan mirip seperti Huawei Nova 3, Huawei Maimang 7 menyokong paparan skrin sebesar 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Rekaan takuk yang lebar ini telah menempatkan dwi kamera hadapan 24MP + 2MP dengan sokongan HDR Pro dan juga 3D Qmoji.

Manakala untuk penggambaran utamanya pula, ia menyokong dwi kamera beresolusi 20MP + 2MP.Huawei Maimang 7 turut dioperasikan dengan pemproses terbaharu iaitu Kirin 710 dengan antaramuka EMUI 8.2 berasaskan Android 8. Oreo. Ia juga menyokong ruang storan dalaman sebesar 64GB dan juga RAM 6GB.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, emas dan biru, Huawei Maimang 7 akan dijual pada harga CNY2,399 bermula 15 September nanti di China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend