Huawei Mate 20 Dan Mate 20 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan Tiga Kamera LEICA 0 213

Akhirnya selepas pelbagai ketirisan tentang Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro tertiris di Internet sejak beberapa bulan yang lalu, hari ini kedua-dua model ini telahpun dilancarkan secara rasmi bertempat di London. Sebagaimana yang kita ketahui kedua-dua ini telah menampilkan rekaan tiga kamera dengan satu lampu LED flash yang diinspirasikan daripada konsep lampu keluaran Porsche.

Lebih istimewa walaupun Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro menyokong dua speaker, tiada sebarang lubang speaker boleh ditemui di bawah kerangkanya kerana speakernya kini tersembunyi di dalam port USB-C. Rekaan sebegini secara tidak langsung turut membantu kedua-dua model ini untuk menerima ciri kalis air IP68 yang lebih baik berbanding siri P20 sebelum ini.

Kemasan panel belakang yang diperbuat daripada kaca kini tidak lagi terasa licin dan bebas kesan cap jari kerana permukaannya hadir dengan sentuhan tekstur 3D mikron menggunakan teknologi Hyper Optical Pattern. Terdapat lima warna ditawarkan untuk Mate 20 dan Mate 20 Pro iaitu Emerald Green, Midnight Blue, Black, Pink Gold, dan juga Twilight.

Dari segi ketahanan bateri pula, Mate 20 telah dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4000 mAh dan Mate 20 Pro pula menyokong bateri berkapasiti 4200 mAh. Tidak cukup dengan itu, Mate 20 Pro juga menyokong teknologi pengecasan Huawei SuperCharge dengan output sehingga 40W (10V4A). Ini bermakna anda boleh mengecas 70% daripada kapasiti bateri dalam tempoh hanya 30 minit sahaja.

Malah Mate 20 Pro juga menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar pantas dengan output 15W. Berbeza dengan kebanyakan telefon pintar yang lain, ia merupakan peranti pertama menyokong teknologi Wireless Reverse Charge bagi membolehkannya untuk mengecas peranti lain.

Spesifikasi Huawei Mate 20:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (7nm) dengan dwi NPU
  • Rekaan takuk kecil mirip titisan air
  • 6.53 inci RGBW FHD+ (2244 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 18.7:9
  • 4000 mAh (5V4.5A)
  • Kamera utama: 16MP (f/2.2) + 12MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) dengan 2x zum optikal
  • Kamera hadapan: 24MP
  • IP68
  • Pengimbas cap jari konvensional

Spesifikasi Huawei Mate 20 Pro:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (7nm) dengan dwi NPU
  • Rekaan takuk lebih besar
  • 6.39 inci Curved OLED 2K+ (3120 x 1440 piksel)
  • Nisbah paparan 19.5:9
  • 4200 mAh (10V4A)
  • Kamera utama: 40MP (f/2.2) + 20MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) dengan 3x zum optikal
  • Kamera hadapan: 24MP + Dot Projector + Flood Illuminator + IR Camera
  • IP68
  • Pengimbas cap jari pada skrin dan 3D Face Unlock
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend