Huawei Mate 20 Dan Huawei Nova 3i Kini Dijual Pada Harga RM2,399 Dan RM999 Bermula 21 Januari 2019 Comments Off on Huawei Mate 20 Dan Huawei Nova 3i Kini Dijual Pada Harga RM2,399 Dan RM999 Bermula 21 Januari 2019

Bagi meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, Huawei Malaysia telah berbesar hati untuk menurunkan harga jualan untuk dua modelnya iaitu Huawei Mate 20 dan juga Huawei Nova 3i.

Bermula 21 Januari 2019, anda boleh mendapatkan penjimatan sebanyak RM400 melalui harga jualan baru untuk Huawei Mate 20 yang berharga RM2,399 (RM2,799) dan Huawei Nova 3i yang dijual pada harga RM999 (RM1099). Apa yang lebih menariknya, melalui promosi ‘Bring The Love Home’ yang dianjurkan bermula 18 Januari hingga 24 Februari 2019 nanti, pembelian kedua-dua model ini akan turut menerima kad Starbucks dengan kredit sehingga RM50 secara percuma.

Selain itu, anda juga boleh memiliki Huawei Mate 20 dengan pakej ‘Huawei Health Treasures’ pada harga hanya RM3,188 yang mengandungi Huawei Mate 20 (RM2,399), jam tangan pintar Huawei Watch GT Sport (RM899), dan juga aplikasi Huawei Health. Promosi ini sah bermula daripada 15 Januari hingga 13 Februari 2019. Promosi ini juga hanya sah di Huawei Online Store sahaja.

Miliki peranti Huawei anda hari ini:

Baca juga:

Beli Peranti Huawei Terpilih Untuk Dapatkan Kad Starbucks Bernilai Sehingga RM50 Dan Peluang Menangi Baucar Tunai RM888

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend